NOTA CINTA

Monday, May 15, 2017

Al-Ma'idah 100-105 Jauhi Bertanya Sia-Sia

Sahih At Tirmizi dari Mahmud b Ar Rabiq ra dari Anaz b Malek ra sabda Nabi s.a.w. Ucapan ikhlas kalimah syahadah dijanjikan syurga oleh Allah.

Nurul Ihsan ms244 syarah Dato' Shamsuri, Masjid Tmn Brown 15-5-2017 surah Al-Maidah 5:100-105.

5:100 Tidak sama antara dosa dan pahala, baik dan jahat, halal dan haram. Allah ciptakan akal agar digunakan dengan baik. Semoga muslim berjaya beroleh syurga.

5:101 Sahih Bukhari dari Al Mughirah b Syubhah ra sabda Nabi s.a.w. Tuhan tidak suka kepada manusia yang berkata tentang keburukan orang lain, manusia yang melakukan pembaziran dan manusia yang bertanya kepada perkara yang tiada manfaat seperti yang berlaku kepada kaum Nabi Musa dan Nabi Soleh. 
Sahih Muslim, seorang sahabat bertanya pertanyaan sia-sia, Ya Rasulullah s.a.w. arwah bapaku di mana? syurga atau neraka? sabda Nabi s.a.w. bapamu nan bapaku juga di neraka.

5:102 Pertanyaan sia-sia ini mengundang kebinasaan diri kepada kaum Nabi Musa dan Nabi Soleh. 
5:103 Rekaan dalam agama@Bid'ah dilarang oleh Allah apatah lagi mengatakan ia suruhan Allah dan Nabi. 
5:104 Setiap larangan Allah yang disampaikan melepaskan tanggungjawab penyampai.

5:105 Jagalah diri masing-masing kerana semua akan kembali kepada Allah dan berakhir dengan pembalasan atas perbuatan semasa hidup di dunia.

No comments:

Post a Comment